Faq

Bagaimanakah saya boleh menghubungi?

Anda boleh menghubungi pasukan sokongan khusus kami untuk memohon bantuan lanjut, maklumat, memberikan maklum balas atau menghantar aduan. Sila hubungi pasukan sokongan kami di sini: https://www.getcontact.com/send-report

Bagaimanakah Getcontact menggunakan data?

Anda boleh mendapatkan pendedahan penuh bagi cara dan tujuan Getcontact menggunakan data dalam Kenyataan Privasi kami [https://www.getcontact.com/privacy]. Bagaimanapun isi-isi penting boleh dirumuskan seperti berikut;

- Untuk membolehkan, mengoptimumkan, menyesuaikan, menyediakan dan menambah baik perkhidmatan kami.

- Untuk mematuhi kewajipan undang-undang, termasuk melindungi daripada penipuan, mengesan spam dan menyediakan pendedahan kepada penguasa undang-undang apabila diperlukan oleh undang-undang yang diguna pakai.

- Untuk melindungi hak-hak dan keselamatan Getcontact dan para pengguna kami, termasuk pengesanan spam dan pemanggil yang tidak diingini.

- Membuat laporan menggunakan data terkumpul dan tanpa nama untuk tujuan-tujuan statistik dan analisis.

Adakah Getcontact menjadikan data buku alamat saya untuk umum atau boleh dicari?

Tidak, senarai hubungan dalam buku alamat anda tidak akan dimuat naik untuk menjadikannya boleh dicari dan tidak disediakan kepada umum. Apabila anda mencari sesuatu nombor untuk disahkan dalam direktori kami, atau apabila anda memaparkan profil orang hubungan, nombor atau profil Getcontact tersebut hanya boleh dicari dalam perkhidmatan direktori kami. Getcontact tidak mempunyai kemampuan teknikal atau operasi untuk memproses atau memuat naik data buku alamat di luar tujuan-tujuan sah kami yang jelas.

Bolehkah saya mengeluarkan nombor saya daripada senarai direktori Getcontact?

Ya, betul. Anda boleh mengeluarkan nombor anda daripada senarai secara mudah dengan mengikuti langkah-langkah mudah yang berikut: Pengurusan Privasi > Tetapan Kebolehtampakan

Bolehkah saya memadam data saya secara kekal daripada Getcontact?

Ya, sudah tentu. Anda boleh memadam semua maklumat dan data yang terkait dengan profil anda melalui Pusat Pengurusan Privasi khusus kami yang boleh didapati di sini sekiranya terdapat di negara anda. https://www.getcontact.com/manage. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda telah memadam data dan akaun anda, anda tidak mampu lagi menggunakan dan mendapat faedah daripada perkhidmatan Getcontact.

Apakah tag? Bagaimanakah caranya untuk saya menambah tag?

Tag ialah maklumat yang ditambah bagi pengguna Getcontact oleh pengguna lain (nama pangggilan, nama, dan lain-lain.). Tag-tag ini boleh diuruskan oleh pengguna tersebut.

Anda boleh tag pengguna Getcontact lain di bahagian "Tambah Tag" yang boleh didapati pada profil pengguna tersebut. Anda juga boleh melakukan operasi ini daripada menu "Tambah Tag Pantas" apabila anda mendaftar untuk aplikasi ini.

Bolehkah saya menambah tag untuk diri sendiri?

Sebagaimana piawaian komuniti Getcontact, anda hanya boleh menambah tag untuk pengguna lain; bagaimanapun, anda boleh menguruskan tag anda sendiri.

Bolehkah saya lihat siapa yang telah menambah tag pada profil saya?

Kami mempunyai sistem tapisan yang sentiasa ditambah baik untuk menghalang tag-tag yang kasar. Untuk menjadikan algoritma kami lebih bagus, kami ingin meminta anda melaporkan tag-tag yang kasar dan tidak sesuai. Ia membantu kami memajukan teknologi kami.

Bagaimanakah caranya untuk saya menguruskan atau memadam tag saya?

Sebarang tag yang terkait dengan profil anda boleh dilihat, diuruskan atau dipadam dalam aplikasi atau melalui Pusat Pengurusan Privasi kami (https://www.getcontact.com/manage)

Bagaimanakah caranya untuk saya mengubah alamat emel yang saya gunakan dengan Getcontact?

Anda boleh mengedit alamat emel anda dengan pergi ke "Tunjuk Profil" daripada bahagian "Lain-lain" di menu bawah.

Bagaimanakah cara untuk membuat nombor telefon saya tidak dapat dilihat dalam senarai hubungan?

Anda boleh memilih tetapan kebolehtampakan anda melalui pautan berikut: https://www.getcontact.com/manage

Sila ambil perhatian bahawa sebarang perubahan boleh mengambil masa sehingga 48 jam untuk muncul di server kami.

Bolehkah saya menambah nombor lain pada profil Getcontact saya?

Profil Getcontact anda hanya boleh dihubungkan dengan satu nombor telefon sahaja pada ketika ini.

Bagaimanakah cara untuk mengubah nama profil saya di Getcontact?

Anda boleh mengedit nama paparan anda daripada profil anda dalam aplikasi di bawah label tetapan. Apabila anda mengeditnya, nama profil anda yang telah dikemas kini akan diutamakan dalam hasil carian.

Apakah Markah Kepercayaan?

Markah Kepercayaan ialah teknik analitik istimewa yang dibangunkan oleh para jurutera Getcontact untuk melawan penipuan telefon. Markah Kepercayaan dikira pada skala 1 hingga 10.

Bagaimana Markah Kepercayaan berfungsi?

Kami menganggarkan Markah Kepercayaan dengan menggabungkan beberapa algoritma, seperti

maklum balas pada nombor telefon tersebut

aktiviti spam pada nombor telefon tersebut.

Dan banyak algoritma berbeza yang menyuap teknologi AI kami supaya kami boleh mengira Markah Kepercayaan untuk nombor tersebut.

Bolehkah saya bergantung sepenuhnya kepada Markah Kepercayaan?

Tidak! Getcontact cuma menganggar dan markah-markah ini tiada daya pengikat.

Bilakah hak penggunaan percuma saya akan diperbaharui?

Had anda diperbaharui pada hari pertama setiap bulan. Untuk memeriksa baki had anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini: Lain-lain > Maklumat Langganan.

Mengapakah kata laluan sekali guna 'OTP' diperlukan?

Prosedur pengesahan pengguna kami telah dibangunkan untuk memastikan akses hanya dibenarkan kepada individu yang telah disahkan sepenuhnya sebagai pemilik nombor atau profil Getcontact tersebut. Sebagai sebahagian daripada prosedur pengesahan ini, kami meminta penciptaan kata laluan sekali guna 'OTP' untuk mengakses tetapan akaun dan Pusat Pengurusan Privasi kami (https://getcontact.com/manage)

Bolehkah saya mencari melalui nama?

Getcontact hanya mengenalpasti pemanggil melalui nombor telefon. Malangnya, pencarian melalui nama tidak dapat dilakukan.

Mengapakah saya tidak dapat melihat maklumat pemanggil dalam semua panggilan?

Getcontact mengambil berat tentang privasi penggunanya. Kami tidak mampu menyediakan pengenalpastian bagi nombor seseorang pengguna yang tidak mahu dilihat.

Saya menggunakan peranti iPhone. Mengapakah saya tidak dapat melihat identiti pemanggil yang sedang membuat panggilan masuk?

Dalam peranti iOS, hanya panggilan yang ditanda sebagai spam yang dikenalpasti. Dalam peranti Android, tetapan ini dibolehkan. Sekiranya anda tidak dapat melihat identiti pemanggil tersebut, anda boleh memberikan kebenaran yang diperlukan dalam aplikasi. Anda boleh mengaktifkan ciri ini dengan mengubah kebenaran pada aplikasi atau melalui tetapan pada peranti mudah alih anda.

Bolehkah saya mengetahui siapa yang mencari nombor saya?

Tidak! Hanya pengguna Premium yang dibekalkan dengan maklumat terhad berkenaan berapa kali dan bila tarikh nombor anda dicari. Anda hanya boleh melihat orang yang melihat tag anda secara terperinci. Bagaimanapun, untuk mengakses maklumat ini, orang yang telah melihat tag anda perlu menutup "Mod Peribadi" dalam tetapan mereka. Jika tetapan "Mod Peribadi" dibolehkan, anda akan melihat orang tersebut sebagai "Tanpa Nama".

Mengapakah pemanggil tidak diketahui tidak dikenal pasti?

Pemanggil tidak dikenali diuruskan oleh pengendali GSM. Sesuatu nombor perlulah dikenali untuk membenarkan Getcontact mengenalpastinya.

Bagaimanakah cara untuk memadam sejarah Panggilan/Carian saya?

Jika anda menggunakan peranti iOS;

Anda boleh mengosongkan sejarah carian anda dengan menekan butang "Kosongkan Semua" pada menu Carian.

Jika anda menggunakan peranti Android;

Anda boleh mengosongkan sejarah carian anda dengan menekan butang "Kosongkan" pada menu atas. Tolong ingat bahawa untuk mengosongkan senarai panggilan anda, anda juga perlu mengosongkan sejarah panggilan telefon anda.

Adakah Getcontact sebuah aplikasi berbayar?

Anda boleh menggunakan Getcontact secara percuma. Kami menawarkan pelbagai jenis langganan kepada anda untuk membenarkan anda menggunakan ciri-ciri tertentu dengan had yang lebih tinggi. Tawaran langganan dan harga mungkin berbeza mengikut negara. Jika Premium terdapat di kawasan anda, anda boleh melihat tawaran Premium kami pada laman Profil.

Bolehkah saya menukar nombor saya?

Menukar nombor telefon pada akaun Getcontact anda adalah mustahil. Jika nombor semasa Getcontact anda sudah tiada dan anda mempunyai nombor baharu, anda boleh membatalkan langganan semasa anda dan log keluar daripada aplikasi. Kemudian anda boleh mencipta akaun baharu untuk nombor baharu anda. Kami mencadangkan anda menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk memindahkan hak-hak anda seperti langganan Premium dan lain-lain kepada nombor baharu anda:

- Jika invois Premium dilakukan menerusi Apple Store, anda boleh memindahkan keistimewaan langganan Premium anda ke nombor baharu anda dengan menekan "Kembalikan pembelian" pada laman Premium dalam aplikasi. Jika anda kehilangan akses kepada akaun di mana invois dibuat, anda juga akan kehilangan hak-hak Premium.

- Jika invois dibuat menerusi kad kredit atau pengendali mudah alih, sila hubungi kami di support@getcontact.com. Seorang pakar Getcontact akan menyiasat situasi tersebut dan memindahkan pembelian anda ke nombor baharu anda. Sila ambil perhatian bahawa dalam kes seperti itu, pembelian-pembelian ini tidak lagi tersedia untuk nombor anda yang sebelum ini.

Apakah kelebihan pakej-pakej langganan?

Untuk melihat pakej langganan dan ciri terkini kami, sila layari https://premium.getcontact.com/

Bagaimanakah caranya untuk saya memulakan langganan?

Anda boleh melihat pakej langganan Getcontact daripada "Getcontact Premium" yang boleh didapati pada bahagian "Lain-lain" pada menu bawah dan melanggan jika anda suka.

Anda juga boleh membeli dengan kad kredit atau caj pengendalai mudah alih menerusi pautan berikut: https://premium.getcontact.com/ Sila ambil perhatian bahawa Getcontact Premium tertakluk kepada ketersediaan di kawasan anda.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui baki had saya?

Anda boleh memeriksa baki had anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut: Lain-lain > Maklumat Langganan.

Bagaimanakah caranya untuk saya menyekat sesuatu nombor dan melaporkannya sebagai spam?

Dengan menggunakan butang "Lapor" yang anda nampak ketika anda mencari nombor yang sedang masuk, anda boleh melaporkan atau menyekatnya dalam kategori yang telah ditakrifkan.

- Jika anda cuma melaporkan nombor tersebut, ia akan ditunjukkan kepada anda sebagai SPAM.

- Jika anda melaporkan dan menyekat nombor tersebut, anda tidak akan lagi menerima panggilan daripada nombor itu.

Bolehkah saya meminta salinan maklumat yang mana Getcontact telah dikaitkan dengan profil saya?

Ya sudah tentu, kami telah membina ciri kemudahalihan data yang membenarkan anda memuat turun salinan semua maklumat anda dalam format digital yang boleh dibaca. Untuk meminta salinan, sila layari Pusat Pengurusan Privasi kami https://www.getcontact.com/manage

Bagimanakah saya boleh melindungi diri daripada panggilan spam?

Jika anda menggunakan peranti iOS;

Dengan menekan butang "Membolehkan Perlindungan" pada menu bawah Getcontact, anda boleh mengaktifkan perlindungan spam dengan mengikut arahan tersebut.

Selepas langkah ini, dengan menyeret skrin Spam ke bawah dan menekan "Tukar tetapan" dalam "Tetapan Spam", anda boleh memilih salah satu pilihan, "Sekat semua panggilan spam" dan "Tunjuk amaran untuk panggilan spam dan palsu".

Jika anda menggunakan peranti Android;

Anda boleh mengaktifkan perlindungan spam dengan dua cara berbeza:

- Ketika anda memasang aplikasi, perlindungan spam dibolehkan jika anda memberikan kebenaran tertentu.

- Sekiranya anda tidak memberikan kebenaran-kebenaran tersebut, anda boleh mengaktifkan perlindungan spam mengikut arahan yang diberikan dalam menu "Bolehkan Perlindungan" yang anda boleh akses daripada label "SPAM" pada menu bawah.

Selepas langkah ini, dengan menyeret skrin Spam ke bawah dan menekan "Tukar tetapan" dalam "Tetapan Spam", anda boleh memilih salah satu pilihan, "Sekat semua panggilan spam" dan "Tunjuk amaran untuk panggilan spam dan palsu".

Adakah orang hubungan buku telefon saya akan dapat dicari oleh mereka yang menggunakan Getcontact?

Orang hubungan dalam buku telefon anda tidak akan disediakan untuk umum atau boleh dicari oleh Getcontact. Kebenaran untuk mengakses orang hubungan dalam buku telefon anda hanya boleh diberikan jika anda telah memberikan kebenaran dan hanya boleh digunakan untuk tujuan kebenaran itu diberikan oleh anda. Kami mungkin meminta kebenaran untuk mengakses buku telefon anda untuk mengoptimumkan perkhidmatan kami atau membolehkan ciri-ciri tertentu yang akan diterangkan semasa proses kebenaran dalam aplikasi. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Kenyataan Privasi kami https://www.getcontact.com/privacy

Saya telah menandakan sesuatu nombor sebagai spam secara tidak sengaja. Bagaimanakah cara untuk membaikinya?

Dengan menggunakan butang "Nyahsekat" yang akan muncul pada skrin selepas anda mencari sesuatu nombor, anda boleh nyahsekat dan membuangnya daripada senarai spam.

Dengan mengklik "Spam" pada menu bawah dan kemudian seret laman tersebut ke bawah, anda boleh mengakses "Senarai Sekat" daripada "Tetapan Spam" dan membuang nombor yang anda telah tanda sebagai spam daripada senarai spam dengan menyeretnya ke kiri.

Nombor telefon saya disenaraikan sebagai spam.

Getcontact mengenalpasti nombor sebagai spam dengan algoritma yang maju. Jika anda fikir nombor anda disenaraikan sebagai spam secara tidak sengaja, sila hubungi kami di support@getcontact.com Nombor anda akan disiasat oleh seorang pakar Getcontact. Kami tidak jamin bahawa kami akan membuat sebarang perubahan untuk nombor anda yang sudah berada dalam penapis Spam kami atau memadamnya daripada situ.

Bagaimanakah sesuatu nombor disenaraikan sebagai spam?

Pengenalpastian spam telah dibangunkan dengan algoritma istimewa yang memelihara keselamatan anda pada tahap tertinggi. Getcontact menyemak maklum balas daripada berjuta-juta pengguna dan memutuskan sama ada sesuatu panggilan adalah spam ataupun bukan. Kami terus menambah baik teknologi kami atas landasan ini hari demi hari.

Bolehkah saya melaporkan ralat?

Kami menyambut maklum balas anda dan perkhidmatan kami hanya boleh diteruskan jika anda memberikan sokongan, jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami di sini.

Anda boleh menggunakan bahagian Bantuan > Hubungi Kami dalam aplikasi.

Anda boleh melaporkan ralat melalui pautan berikut: https://www.getcontact.com/send-report

Emel: support@getcontact.com

Jangan lupa untuk memberikan maklumat berikut kepada kami semasa anda memberi maklum balas melalui emel!

Nombor telefon:

Negara semasa:

Platform (Android, IOS, Web):

Versi aplikasi:

Tajuk:

Apakah kod ralat 5001?

Anda mungkin menerima ralat ini disebabkan masalah sementara dengan server Getcontact. Anda boleh menunggu seketika selepas keluar aplikasi dan cuba lagi nanti. Jika masalah tidak diselesaikan, sila hubungi sokongan Pelanggan kami.

Apakah kod ralat 5003?

Mungkin terdapat beberapa sebab untuk kod ralat ini. Anda perlu mempunyai sambungan internet yang aktif untuk menggunakan aplikasi ini. Sila periksa sambungan internet anda. Masalah ini mungkin juga berlaku disebabkan halangan akses yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada sesetengah IP atau domain. Jika masalah tidak diselesaikan, sila hubungi sokongan Pelanggan kami.

Bagaimanakah cara untuk menguruskan langganan saya?

Anda boleh menguruskan langganan anda di saluran yang anda gunakan untuk membeli.

Bagi langganan yang dibeli menerusi Google Play Store: Langganan boleh diuruskan daripada laman Menu > Langganan selepas mendaftar masuk melalui pautan berikut https://play.google.com/store/account/subscriptions

Bagi langganan yang dibeli menerusi Apple Store: Langganan boleh diuruskan dengan menekan butang "Uruskan langganan anda" selepas mandaftar masuk melalui pautan berikut https://support.apple.com/en-us/HT202039

Bagi langganan yang dibeli menerusi laman web: Langganan boleh diuruskan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah selepas mendaftar masuk melalui pautan ini https://premium.getcontact.com

"Laman profil > Pembayaran & Langganan > Uruskan Pelan Langganan"

Sila ambil perhatian bahawa anda boleh terus menggunakan had yang tersedia dalam pelan anda, semasa tempoh yang anda telah bayar, walaupun setelah anda membatalkan langganan anda. Apabila sesuatu langganan dibatalkan, yuran yang dibayar untuk tempoh langganan sebelumnya tidak akan dibayar balik, dan dalam langganan yang dibatalkan sebelum kitaran bil bermula lagi, yuran bagi baki tempoh tidak akan dibayar balik juga.